Thursday 29 December 2011

suatu malam :)

          Assalamualaikum pembuka bicara pada malam yang hening ini. HAHAH betoi ke ayat aku nih.Merapu dah aku ni malam-malam boleh jadi.Okey-okey aku cerita benda yang sebenaq. Malam ni mak aku minta tolong aku masak daging burger. Dengan menurut perintah aku pun turunlah bawah pergi dapur buka api nak panaskan minyak and  dan kuali. Tapikan tiba-tiba aku terasa nak terkucil , dah tak tahan sangat dengan pantas aku tinggalkan kuali tersebut. Aku tak guna tandas bawah because sebab tandas itu telah di tempah oleh kucing kesayangan aku terlebih dahulu, lepas tu apa lagi aku pun lari naik atas pergi tandas dalam bilik aku lah. Oleh kerana terlampau dah tak tahan aku boleh terlupa kuali yang aku tengah panaskan tu. Nak tau apa jadi lepas aku menyelesaikan hajat aku? JENG-JENG-JENG ! Suspen tak ?Haa okey-okey aku sambung balik cerita . Nak di jadikan cerita mak aku dah terjerit-jerit panggil aku dah suruh tenguk apa dah jadi dekat dapur sebab dah berasap sampai atas. Actually sebenaqnya mak aku tak sihat tak larat nak tengok apa dah jadi kat bawah. Dengan sepantas kilat , ceh wat ayat bombastik pulak aku nih.! aku terus lari pergi dapur nak tengok apa jadi . Guess what Cuba teka ? aku begitu terkejut melihat api dengan maraknya membakar kuali. Aku jadi panik beb, gila tak tau nak buat apa! Aku hanya terjerit-jerit panggil mak aku,dengan langkah yang lemah mak aku turun dengan cepat.Dia pun panik ambik air pergi simbah kat kuali tu lagilah api makin marak, tiba mak aku nampak kain lap kaki lepastu dia basahkan dia letak dekat kuali tu barulah api tu lenyap.FUHH lega gila aku.aku ingat tadi dalam hati nak terbakar dah rumah ni,tapi ALHAMDULLILLAH selamat juga akhirnya.

          Okey sekarang aku nak nasihatkan  kepada sesiapa yang nak masak tu masa nak panaskan kuali JANGANLAH SESEKALI TINGGALKAN! ambil lah cerita aku ni sebagai pengajaran dan iktibar, nanti tak pasai-pasai rumah hampa terbakar.Okey , Assalamualaikum dan selamat beramal.


aishah story :) suka like

Thursday 22 December 2011

A new one :)

Assalamualaikum , Hye, Arigato !
     
       Firstly, ini lah belog saya aku yang baru.The old one tu serabut semak ! Kepada kengkawan aku FOLLOW laa yer,tapi kalau korang hampa tak nak takpe laa.Aku sedaq sapa aku, T_T and credit kepada yang FOLLOW. I hate love you all larhh. Hurmm,perluka aku introduce pasal diri aku lagik untuk belog ni. Aku rasa tak perlu kot nohh, aku bukannya ARTIS. Huhuh,so tak payahla nak heboh-heboh sangat pasal aku. Tapi yang paling penting aku nak declare yang aku bukan budak sekolah lagi,huhu. But im still under my mother care ok! actually sebenaqnya boring jugak dah habis sekolah ni sebab duduk jaa rumah memontelkan badan yang dah sedia montel ni. Bagi mengelakkan perkara demikian berlaku dengan lebih drastik , rasanya aku perlu mencari job-job yang bersesuaian dengan aku.Anyone Sapa-sapa ada job untuk aku tak? Kalau ada tolong inform k ! nah nombor tepon 017              . Ehh,takkan nak letak number dalam ni, tak pasal-pasal kang aku kena kacau malam-malam. Alah! kalau rasa nak contact aku tinggalkan saja komen, nanti pasti comfirm aku balas punya. Jangan risau laa. SETIAP KOMEN HAMPA AKAN DILAYAN** 


      Secondly, aku nak berstory cerita pasal adik perempuan aku ni Nur Sarah Afifah bt Tajul Annuar. Dia baru jaa dapat result PMR. Cuba teka dia dapat berapa? Sebenaqnya aku pon tak berapa nak sangka laa yang dia dapat 8A! mana taknya masa UPSR dia teruk dari aku, tak payah habaq kot nohh.huhu. Tapi apabila nama dia dipanggil untuk naik ke atas pentas kerana mendapat 8A dengan tiba-tiba air mata suciku ini menitis.haha. Aku pun tak tau kenapa tetiba jaa terkeluaq air mata tu, maybe aku happy gembira tengok mak aku happy sebab selama ni anak-anak tak pernah dapat straight A's. Terima Kasih Sarah ! Aku pun turut berbangga sebagai kakak hang. Walaupun selama ni hang banyak derhaka dekat aku. huhu. Aku ucapkan TAHNIAH! Hurmm,ofcoz mesti hang dapat banyak hadiahkan kan, kita share dua nohh. huhu. Memang banyak budak ni mintak kat ibu and ayah. Antara yang dia mintak Blackberry, Laptop, duit RM800(satu a seratus), dan Set bowling. Amekkaw! haa comfirm ibu dengan ayah korek duit nak beli tu semua. Dah janji kena tunai laa. hahah.

      Okeylah, sampai sini dulu aku berceloteh nohh! Terasa penat laa pulak. Kalau ada apa-apa aku update belog k! Jangan lupa FOLLOW yaa. Aku sayang korang hampa semua. Ingat berhati-hati semasa menggunakan internet,Assalamualaikum dan Selamat Beramal !





aishah story :) suka like

Tuesday 20 December 2011

i'm here

new one ~
aishah story :) suka like

Daisypath Anniversary tickers
 
Hak milik terpelihara AishahAnnuar