Thursday 29 December 2011

suatu malam :)

          Assalamualaikum pembuka bicara pada malam yang hening ini. HAHAH betoi ke ayat aku nih.Merapu dah aku ni malam-malam boleh jadi.Okey-okey aku cerita benda yang sebenaq. Malam ni mak aku minta tolong aku masak daging burger. Dengan menurut perintah aku pun turunlah bawah pergi dapur buka api nak panaskan minyak and  dan kuali. Tapikan tiba-tiba aku terasa nak terkucil , dah tak tahan sangat dengan pantas aku tinggalkan kuali tersebut. Aku tak guna tandas bawah because sebab tandas itu telah di tempah oleh kucing kesayangan aku terlebih dahulu, lepas tu apa lagi aku pun lari naik atas pergi tandas dalam bilik aku lah. Oleh kerana terlampau dah tak tahan aku boleh terlupa kuali yang aku tengah panaskan tu. Nak tau apa jadi lepas aku menyelesaikan hajat aku? JENG-JENG-JENG ! Suspen tak ?Haa okey-okey aku sambung balik cerita . Nak di jadikan cerita mak aku dah terjerit-jerit panggil aku dah suruh tenguk apa dah jadi dekat dapur sebab dah berasap sampai atas. Actually sebenaqnya mak aku tak sihat tak larat nak tengok apa dah jadi kat bawah. Dengan sepantas kilat , ceh wat ayat bombastik pulak aku nih.! aku terus lari pergi dapur nak tengok apa jadi . Guess what Cuba teka ? aku begitu terkejut melihat api dengan maraknya membakar kuali. Aku jadi panik beb, gila tak tau nak buat apa! Aku hanya terjerit-jerit panggil mak aku,dengan langkah yang lemah mak aku turun dengan cepat.Dia pun panik ambik air pergi simbah kat kuali tu lagilah api makin marak, tiba mak aku nampak kain lap kaki lepastu dia basahkan dia letak dekat kuali tu barulah api tu lenyap.FUHH lega gila aku.aku ingat tadi dalam hati nak terbakar dah rumah ni,tapi ALHAMDULLILLAH selamat juga akhirnya.

          Okey sekarang aku nak nasihatkan  kepada sesiapa yang nak masak tu masa nak panaskan kuali JANGANLAH SESEKALI TINGGALKAN! ambil lah cerita aku ni sebagai pengajaran dan iktibar, nanti tak pasai-pasai rumah hampa terbakar.Okey , Assalamualaikum dan selamat beramal.


aishah story :) suka like

No comments:

Post a Comment

sape tinggalkan komen dia budak baik :)

Daisypath Anniversary tickers
 
Hak milik terpelihara AishahAnnuar