Assalamualaikum stalker-stalker ku :)
Akhirnya hari yang ditunggu-tunngu telah tiba iaitu
21.03.2012 , haritu adalah hari keputusan SPM keluar . Malam sebelum hari berkenaan
seriously aku getaqq gila, tidur pun pukul 3.30. HAHAH , tengok FB memang ramai bebudak SPM 2011 tak tidoq g , semua pakat takot nak ambik result . Malam tu la jugak teringat kembali
memori kenangan-kenangan lama sepanjang bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional Alor Setar. Kenangan bersama kawan-kawan , cikgu-cikgu dan ehem ehem~~~HAHA kenangan ja semua tu . Biasalah kehidupan ni penuh dengan memori suka dan duka :)
Jadi tibalah hari berkenaan , pagi-pagi lagi aku dah bangun. Pukul 6 mak aku dah kejut, bukan apa aku bangun awal , aku
follow mak aku pergi
office dia. Mak aku kata malas nak patah balik rumah dua-tiga kali. ^^
so aku ikut jeala. Tepat pukul 8.30 aku dah sampai depan sekolah , biasalaa menepati janji yang dibuat dengan Wani dan Zz , tapi disebabkan ada masalah teknikal
diaorang depa sampai pukul 9.30,tibe-tibe pulak motor Wani buat hal~~Haishh memang menguji kesabaran aku lahh , bayangkan aku terpacak macam tiang bendera depan sekolah,nak masuk sekolah sorang-sorang malu la pulak ^^ .Takpela demi kawan-kawan aku tunggu jugak sampai la depa mai .HAHAH. Boleh tercabut lutut aku,tapi nasib baik aku ni muda lagi bertenaga~~HAHAH , mula la aku ni nak membanggakan diri , OK la tu kalau kita tak bangga dengan diri sendiri siapa nak bangga dengan kita kan . AUWWW ~~
Okey setibanya Zz dan Wani + ehem-ehem Wani
(biarlah rahsia) , kami pun masuk la ke dalam kawasan sekolah, time tu dalam pukul 9.40 . PERGHH , lama gila tak mai sekolah rindu pun ada jugak nak jadi budak sekolah~~HAHAH . Masa dekat dalam sekolah tu kami jalan-jalan satu sekolah ,melawat kawasan dulu . Dalam pukul 10.00 aku
call cikgu aini nak tau result boleh ambik pukul berapa ,
then cikgu cakap ambik pukul 10.30 sebab tunGgu kelas lain tak habis analisis keputusan lagi :) ~~
HOPEFULLY OUR SCHOOL GET A BETTER RANKING THIS YEAR :) Disebabkan lambat lagi pukul 10.30 kami mengambil keputusan untuk pergi ke kantin dahulu kerana penat berjalan
so kami nak minum dulu .HEHEH , lama tak sembang rabung dengan makcik kantin . Siap bagi diskaun lagi aiq yang aku beli ,HAHAH terbaek la makcik kantin ~~~
Akhirnya dah pukul 10.30 kami dah tunggu dekat-dekat dengan dewan sekolah, nak masuk ambik result takut siott!! HAHA , Mula-mula kami tunggu Atikah dan Dillah tapi depa lambat sangat kami
decide untuk ambik dulu result :)
JENG JENG JENG ~~ nak tau ke keputusan aku? HAHAH .Tak payahlaa malu larhh ,result aku tak segempak macam hampa punya yang seteret A tu . Aku punya cuma 4A 3B 1C 1G , HAHA
tak gempakkan ? Tapi aku bersyukur kerana itulahh rezeki aku lagipun aku ni masa SPM dulu main-main ja , nakal kot aku ni dekat sekolah tak percaya tanya kawan-kawan aku :) Subjek yang aku dapat A ialah Bahasa Melayu,Science,Programming and development tools dan Fundamental of programming . Subjek yang dapat B pulak Pendidikan Islam,Bahasa Inggeris,Sejarah. Yang C pulak Matematik dan yang G
ofcourse Matematik Tambahan .HUHU . Cantik tak result aku ?
Lastly, aku ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar saya selama dua tahun saya berada di sekolah tu ,
then terima kasih dekat keluarga aku yang banyak memberi sokongan moral dekat aku. Dan kepada kawan-kawan kerana menjadi kawan yang terbaik :)
Pengaturcaraan Komputer 1st batch Sekolah Menengah Vokasional
Alor Setar
gambaq ni tak cukup tiga orang , kitaorang semua 18orang
>akmal time ni on call
>hawa dan dini dah balik
aishah story :) suka like