Tuesday, 24 April 2012

Bersama si dia

Assalamualaikum pembuka bicara pada petang ini  :) 


Pejam celik pejam celik rupanya dah sebulan lebih aku dan dia bersama . Mesti korang kata alah baru sebulan lebih jaa pun , EHHH ada aku kesah . :P Sepanjang perkenalan kami macam-macam dah dugaan kami lalui bersama , Betul tak sayang ? tapi apapun terjadi saya tetap sayang awak la Khairul Syafiq :) Muahhhh . Awak, jangan pernah tinggalkan saya . Auwww . Saya sayang dia sangat-sangat . Baru-baru ini kami telah pergi jalan-jalan dekat Bukit Bendera , pengalaman yang pertama bagi si dia yang tak pernah jejak Pulau Mutiara ~~ naseb baik tak sesat :)  Selamat sampai dan balik . Kenangan tu saya takkan lupakan . I Love You Bie <3






Thanks awak , Have a nice day with you . Saya takkan lupakan ni semua . <3






aishah story :) suka like

Thursday, 22 March 2012

Beginilah kami ~~

Assalamualaikum stalker-stalker ku :)
Akhirnya hari yang ditunggu-tunngu telah tiba iaitu 21.03.2012  , haritu adalah hari keputusan SPM keluar . Malam sebelum hari berkenaan seriously aku getaqq gila, tidur pun pukul 3.30. HAHAH , tengok FB memang ramai bebudak SPM 2011 tak tidoq g , semua pakat takot nak ambik result . Malam tu la jugak teringat kembali memori kenangan-kenangan lama sepanjang bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional Alor Setar. Kenangan bersama kawan-kawan , cikgu-cikgu dan ehem ehem~~~HAHA kenangan ja semua tu . Biasalah kehidupan ni penuh dengan memori suka dan duka :)

Jadi tibalah hari berkenaan , pagi-pagi lagi aku dah bangun. Pukul 6 mak aku dah kejut, bukan apa aku bangun awal , aku follow mak aku pergi office dia. Mak aku kata malas nak patah balik rumah dua-tiga kali. ^^ so aku ikut jeala. Tepat pukul 8.30 aku dah sampai depan sekolah , biasalaa menepati janji yang dibuat dengan Wani dan Zz , tapi disebabkan ada masalah teknikal diaorang depa sampai pukul 9.30,tibe-tibe pulak motor Wani buat hal~~Haishh memang menguji kesabaran aku lahh , bayangkan aku terpacak macam tiang bendera depan sekolah,nak masuk sekolah sorang-sorang malu la pulak ^^ .Takpela demi kawan-kawan aku tunggu jugak sampai la depa mai .HAHAH. Boleh tercabut lutut aku,tapi nasib baik aku ni muda lagi bertenaga~~HAHAH , mula la aku ni nak membanggakan diri , OK la tu kalau kita tak bangga dengan diri sendiri siapa nak bangga dengan kita kan . AUWWW ~~

Okey setibanya Zz dan Wani + ehem-ehem Wani (biarlah rahsia) , kami pun masuk la ke dalam kawasan sekolah, time tu dalam pukul 9.40 . PERGHH , lama gila tak mai sekolah rindu pun ada jugak nak jadi budak sekolah~~HAHAH . Masa dekat dalam sekolah tu kami jalan-jalan satu sekolah ,melawat kawasan dulu . Dalam pukul 10.00 aku call cikgu aini nak tau result boleh ambik pukul berapa , then cikgu cakap ambik pukul 10.30 sebab tunGgu kelas lain tak habis analisis keputusan lagi :) ~~HOPEFULLY OUR SCHOOL GET A BETTER RANKING THIS YEAR :)  Disebabkan lambat lagi pukul 10.30 kami mengambil keputusan untuk pergi ke kantin dahulu kerana penat berjalan so kami nak minum dulu .HEHEH , lama tak sembang rabung dengan makcik kantin . Siap bagi diskaun lagi aiq yang aku beli ,HAHAH terbaek la makcik kantin ~~~

Akhirnya dah pukul 10.30 kami dah tunggu dekat-dekat dengan dewan sekolah, nak masuk ambik result takut siott!! HAHA , Mula-mula kami tunggu Atikah dan Dillah tapi depa lambat sangat kami decide untuk ambik dulu result :) JENG JENG JENG ~~ nak tau ke keputusan aku? HAHAH .Tak payahlaa malu larhh ,result aku tak segempak macam hampa punya yang seteret A tu . Aku punya cuma 4A 3B 1C 1G , HAHA
tak gempakkan ? Tapi aku bersyukur kerana itulahh rezeki aku lagipun aku ni masa SPM dulu main-main ja , nakal kot aku ni dekat sekolah tak percaya tanya kawan-kawan aku :) Subjek yang aku dapat A ialah Bahasa Melayu,Science,Programming and development tools dan Fundamental of programming . Subjek yang dapat B pulak Pendidikan Islam,Bahasa Inggeris,Sejarah. Yang C pulak Matematik dan yang G ofcourse Matematik Tambahan .HUHU . Cantik tak result aku ?

Lastly, aku ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar saya selama dua tahun saya berada di sekolah tu , then terima kasih dekat keluarga aku yang banyak memberi sokongan moral dekat aku. Dan kepada kawan-kawan kerana menjadi kawan yang terbaik :)



 Pengaturcaraan Komputer 1st batch Sekolah Menengah Vokasional
Alor Setar
gambaq ni tak cukup tiga orang , kitaorang semua 18orang
>akmal time ni on call
>hawa dan dini dah balik



aishah story :) suka like

Monday, 19 March 2012

someone who took my heart

Assalamualaikum Cinta ~~ Waalaikumusalam rindu :)
Pada hari ini Aishah ingin memperkenalkan sesorang berjaya mencuri hati saya , jejaka itu bernama Khairul Syafiq bin Abu Nawas . Lahir pada 28.03.93 , yeahh thats mean he is older tahn me one year . Tak jadi masalah pun tua ke muda. Kalau dah jodoh tak kemana kan sayang ? HAHAH . Sejak bila saya pandai cakap pasai jodoh ni. AUWWW . Dia seorang yang sangat caring , penyayang , agak romantik and terlalu menyayangi saya. Hope fully its true.  Saya gelar dia MR.Elmo sebab dia minat sangat dekat elmo alahh yang sesame street tu :) . DALAM HATI ADA TAMAN . Kenal dia dari seorang member kawan kami, takpayah kot mention nama budak tu , ~biarlah rahsia. Biasalah mula-mula message, then chat kat Facebook, tukar-tukar gambaq. Bak kata orang tua-tua Tak Kenal Maka Tak Cinta , so bila kitaorang dah kenal dengan lebih rapat, dengan beraninya si dia berani meluahkan perasaan yang dia suka saya. PERGHH , mula la satu titik baru untuk saya membuka pintu hati kepada lelaki , Al-maklum la dah banyak kali asyik kena tinggal , so saya berhati-hati la bila membuat keputusan untuk menerima si dia.

Alhamdulillah dah dekat 3 minggu kami melayari bahtera mahligai kami .Perhh ayat tak boleh belah derr . Sekarang saya tengah bahagia, esok lusa tulat saya tak tahu lagi, korang doa-doakan la hubungan kami berpanjangan yer . AMIN~~



bakal kad kahwin ~ belum habis edit lagi :)


Mr Elmo yang bagi dekat saya ~ how sweet



aishah story :) suka like

Thursday, 29 December 2011

suatu malam :)

          Assalamualaikum pembuka bicara pada malam yang hening ini. HAHAH betoi ke ayat aku nih.Merapu dah aku ni malam-malam boleh jadi.Okey-okey aku cerita benda yang sebenaq. Malam ni mak aku minta tolong aku masak daging burger. Dengan menurut perintah aku pun turunlah bawah pergi dapur buka api nak panaskan minyak and  dan kuali. Tapikan tiba-tiba aku terasa nak terkucil , dah tak tahan sangat dengan pantas aku tinggalkan kuali tersebut. Aku tak guna tandas bawah because sebab tandas itu telah di tempah oleh kucing kesayangan aku terlebih dahulu, lepas tu apa lagi aku pun lari naik atas pergi tandas dalam bilik aku lah. Oleh kerana terlampau dah tak tahan aku boleh terlupa kuali yang aku tengah panaskan tu. Nak tau apa jadi lepas aku menyelesaikan hajat aku? JENG-JENG-JENG ! Suspen tak ?Haa okey-okey aku sambung balik cerita . Nak di jadikan cerita mak aku dah terjerit-jerit panggil aku dah suruh tenguk apa dah jadi dekat dapur sebab dah berasap sampai atas. Actually sebenaqnya mak aku tak sihat tak larat nak tengok apa dah jadi kat bawah. Dengan sepantas kilat , ceh wat ayat bombastik pulak aku nih.! aku terus lari pergi dapur nak tengok apa jadi . Guess what Cuba teka ? aku begitu terkejut melihat api dengan maraknya membakar kuali. Aku jadi panik beb, gila tak tau nak buat apa! Aku hanya terjerit-jerit panggil mak aku,dengan langkah yang lemah mak aku turun dengan cepat.Dia pun panik ambik air pergi simbah kat kuali tu lagilah api makin marak, tiba mak aku nampak kain lap kaki lepastu dia basahkan dia letak dekat kuali tu barulah api tu lenyap.FUHH lega gila aku.aku ingat tadi dalam hati nak terbakar dah rumah ni,tapi ALHAMDULLILLAH selamat juga akhirnya.

          Okey sekarang aku nak nasihatkan  kepada sesiapa yang nak masak tu masa nak panaskan kuali JANGANLAH SESEKALI TINGGALKAN! ambil lah cerita aku ni sebagai pengajaran dan iktibar, nanti tak pasai-pasai rumah hampa terbakar.Okey , Assalamualaikum dan selamat beramal.


aishah story :) suka like

Thursday, 22 December 2011

A new one :)

Assalamualaikum , Hye, Arigato !
     
       Firstly, ini lah belog saya aku yang baru.The old one tu serabut semak ! Kepada kengkawan aku FOLLOW laa yer,tapi kalau korang hampa tak nak takpe laa.Aku sedaq sapa aku, T_T and credit kepada yang FOLLOW. I hate love you all larhh. Hurmm,perluka aku introduce pasal diri aku lagik untuk belog ni. Aku rasa tak perlu kot nohh, aku bukannya ARTIS. Huhuh,so tak payahla nak heboh-heboh sangat pasal aku. Tapi yang paling penting aku nak declare yang aku bukan budak sekolah lagi,huhu. But im still under my mother care ok! actually sebenaqnya boring jugak dah habis sekolah ni sebab duduk jaa rumah memontelkan badan yang dah sedia montel ni. Bagi mengelakkan perkara demikian berlaku dengan lebih drastik , rasanya aku perlu mencari job-job yang bersesuaian dengan aku.Anyone Sapa-sapa ada job untuk aku tak? Kalau ada tolong inform k ! nah nombor tepon 017              . Ehh,takkan nak letak number dalam ni, tak pasal-pasal kang aku kena kacau malam-malam. Alah! kalau rasa nak contact aku tinggalkan saja komen, nanti pasti comfirm aku balas punya. Jangan risau laa. SETIAP KOMEN HAMPA AKAN DILAYAN** 


      Secondly, aku nak berstory cerita pasal adik perempuan aku ni Nur Sarah Afifah bt Tajul Annuar. Dia baru jaa dapat result PMR. Cuba teka dia dapat berapa? Sebenaqnya aku pon tak berapa nak sangka laa yang dia dapat 8A! mana taknya masa UPSR dia teruk dari aku, tak payah habaq kot nohh.huhu. Tapi apabila nama dia dipanggil untuk naik ke atas pentas kerana mendapat 8A dengan tiba-tiba air mata suciku ini menitis.haha. Aku pun tak tau kenapa tetiba jaa terkeluaq air mata tu, maybe aku happy gembira tengok mak aku happy sebab selama ni anak-anak tak pernah dapat straight A's. Terima Kasih Sarah ! Aku pun turut berbangga sebagai kakak hang. Walaupun selama ni hang banyak derhaka dekat aku. huhu. Aku ucapkan TAHNIAH! Hurmm,ofcoz mesti hang dapat banyak hadiahkan kan, kita share dua nohh. huhu. Memang banyak budak ni mintak kat ibu and ayah. Antara yang dia mintak Blackberry, Laptop, duit RM800(satu a seratus), dan Set bowling. Amekkaw! haa comfirm ibu dengan ayah korek duit nak beli tu semua. Dah janji kena tunai laa. hahah.

      Okeylah, sampai sini dulu aku berceloteh nohh! Terasa penat laa pulak. Kalau ada apa-apa aku update belog k! Jangan lupa FOLLOW yaa. Aku sayang korang hampa semua. Ingat berhati-hati semasa menggunakan internet,Assalamualaikum dan Selamat Beramal !





aishah story :) suka like

Tuesday, 20 December 2011

i'm here

new one ~
aishah story :) suka like

Daisypath Anniversary tickers
 
Hak milik terpelihara AishahAnnuar